Tuesday, October 17, 2017

#ryuwrites ed.8



Awak,

Bilamana saya melihat nama awak ade dalam list viewer,
sudah cukup untuk membuat hati saya berbunga riang,
di penuhi dengan rama-rama berterbangan indah.

Awak,

Sudah saya pohon pada yang Esa,
jauhkan hati-II kita jika tiadanya halal untuk kita,
Mungkin saya masih ada kurangnya


Awak,

Gembiranya awak, adalah kebahagiaan saya
Mungkin payah tapi saya orangnya yang berpijak nyata
Senyum lah dan tetaplah tersenyum dengan bahagia

Awak,

Izinkan saya untuk terus senyum sampai langit
dengan hanya sedikit tingkah awak.
Suatu masa nanti pasti saya ketemu yang abadi.


1729hrs
office desk
Ryu place
PJ

Saturday, June 10, 2017

Surat kuning untuk Ryu


Dear Ryu,

Hari ini seperti tahun sebelum-II nya,
Masih berkeadaan sama
cuma bezanya pada angka
Tapi itu tak mungkin ada picingnya.
Hari ini masih seperti sebelumnya,
Sendiri membilang waktu,
Merenung bintang bekerlipan
mungkin ubahnya hanya pada rezeki.
Alhamdulillah untuk kamu,
Syukur untuk kamu,
Campak jauh sisi negatif sekeliling
kerana aku tau kuatnya seorang kamu
Tabahnya seorang Fatihah.
Seiring tahun berubah,
hati manusia juga berubah.
Teruslah melangkah walau mereka menjauhi saat jatuh mu,
Kerna bersamamu tika jatuh bangun pasti setia seiring sejalan.
Hargai dan tetaplah bersyukur.

Selamat hari lahir Siti Fatihah.

Sayang,
Your inner strenght

Tinta hati ryu : The best thing will happen to those who patiently wait. Terima kasih for the gift. Double for now. "Wink"

Sunday, May 28, 2017

Ramadan


Selamat menyambut bulan ramadan
untuk awak
awak
awak
awak
awak
awak
dan awak awak awak jugak

😊

Wednesday, April 12, 2017

Mudah



Menangis
Sangat mudah
Amat mudah

Namun
punyai seseorang yang bertabah untuk memujuk, mendengar dan memahami bukan lah sesuatu yang mudah. Mungkin mudah bagi kamu tapi tidak aku.

Hanya DIA yang maha mengetahui segala yang tersurat mahupun tersirat.

Monday, April 10, 2017

#ryuwrites ed.7



Cemburuku pada mereka
Tersentak pantas beristiqhfar
Jangan larut menheret duka
Gali lah sinar bahagia
Lemah, longlai, alpa
Heret kembali ke dunia nyata
Pandang pada rahmat-Nya
Telusuri hikmah-Nya
Tika jalan terpesong
Ayuh! bangun bangkit mencari kiblat
Tunduk kudus setiap dosa
Pasak hati mencari cahaya
Biar kelam di belakangmu
Jangan dipikul bersama selamanya
Bersainglah kudus zikir istighfar
Kita hamba serba kurang
Aku insan khilafnya beribu

040417
0101hrs
Ryuroom
ڧتيح

Sunday, March 19, 2017

EMWMAF

Assalamualaikum w.b.t

Hurmmm since the movie still downloading and i'am kind of short idea to write, thinking to write down about people in my world. Maybe its simple,,,erkkk or not.. Hahahhaa.

Ok laa.. i've told before that i wanna wrote about EMWMAF,, so here we go.. fasten your seat belt please. gittew.

It's kind of nice coincidence or maybe its fate. Aku start kenal die dari IG 3years back, how..aku sendiri pun lupa dari siapa bermulanya. But its because of al haram photo. Gambar die di tanah suci berlatar belakang kan kaabah. (kot..aku dah lupa gambar mane tapi gambar di Mekah). Apa yang attract me, the date of picture was taken. Its the same time with me been there too. (Sat aku nak pi scroll IG die sat nak tengok.) Hiihihihi.

I left comment at some of the pic,,about 138weeks. (kegigihan aku scroll ig..:) tapi tatau mane hilang komen kami. kah kah kah. Dari situ kami soal jawab sikit and guess what,,, We actually under the same travel agency, same flight, same date, same itinerary, just different bus, differ hotel at Mekah, sebab die amek pakej mahal. heeeee. Hahahaha. keberangkalian untuk kami bertemu tu ada tapi mungkin tak perasan. Die bus no 4, aku no 5 dan kami 6 bus semuanya bergerak sekali je bila pergi ziarah sekitar Madinah. Sweet kan Allah.

Dari komen, kami chat dekat ig msg then we change phone number. Normal laa tu kan. Owh ya, die ni way younger than me. And we become friend after the broke up with my past. Ye ye "the past" left me once i getting back from umrah. So die ni takde kaitan or penyebab broke up. My past just not that kind of loyal. Back to EMWMAF, we stop chat until July 21, out of blue he whatsapp me. Surprising laa jugak. Morning time iolls tengah bersiap nak pergi kerja. Kalut merah-II pipi jugak laa sikit. Hahahahaha. Kidding. Then, the friendship begin. Actually, he share his problem. A love thing. Ya ya ya since high school, aku ni muka pendengar masalah cinta orang je. But guys, don't make naughty conclusion ya..there's no lovey dovey thingy between us. Mungkin ade laa tergelecoh sikit,, fragile kan that time. auchhh.

He just finish his degree from Birmingham Uni. but already got a job after Aidilfitri 2014. We kind of close but i knew too what type is he. Hahaha. Dik, lama sikit makan garam eh. opps. Everything just find, and guess what, his ex stalked me. Kelakar. But in a good way laa so now i've been friend with his ex too. Not so close but a friend laa. Akak-akak sangat iolls rasa. hahahhaa.

So the rest is history. hahaha aci camtu.. We still befriend but just less contact than before. We still talk, whatsapp & comment cuma tulaa, malas sikit sekarang. Mwahahaha. Akak dah tua dik. Kah!Owh our first meet up at Sany Kuew tiow nearer Istana Budaya. That time i and used to be bff wanna escape to Melaka. Ermmm that's our friendship. Ok dah nak pi mengimbau masa lalu sat..Korang laa ni, tak pasal-II aku scroll whatsapp awal kami. Hahahaha. Ampun uolls.

psst...kelakar oiiii bila baca kembali conversation kami. Sorry u, but thank you so much because being one of my friend, support me when i'm down, put up when i'm fragile. Thanks ye u. Bila nak claim coupon? Hahahaha.

Tinta hati ryu : Allah plan always beautiful. From stranger become friend and close one become stranger. Appreciated. Not everything will last forever.

Thursday, March 9, 2017

Puding Karamel

yeappppiiiiii... ehh opps

Assalamualaikum w.b.t

Hihihihi. Sejak menjadi pemastautin tetap di teratak haji zahid ni, serius tangan ni memang gatal sangat nak search resepi-II kat internet. (resipi mudah jelaa aku mampu.kah). Lagi pantang kalu kat rumah tu mak baaru beli telur..hahahaha mula laa aku laksanakan kegatalan tangan tu. gittew.

Then semalam aku laksanakan misi sebab mak baru beli telur sepapan. Hahaha!. Memule aku terpandang friend kat FB ni share video buat puding karamel guna microwave je uolls. Tapi hampeh aku buat takdenye jadi. Failed awal-II lagi kat gula hangus tu. Maybe sebab aku tak guna bekas yang betol kot. ngee~

Sejenis Tehah ni tak boleh bila dah usha resepi and tak buat, die punye igauan tu ya Allah, haru oii. So nekad jugak search resipi lain. Jumpa laa resipi mudah yang tak guna banyak telur. hihihi. Ye ye ye aku tau korang kate senang amatttt nak buat puding ni kan. Sejenis Tehah bukan laa seorang yang pandai bab-II ilmu dapur ni, haruslaa bertanya pada pakcik goog. (Flip tudung sikit). Aku follow resipi kat sini . Tapi sukatan tu aku ngelat jugak laa especially tang gula tu. hihihi. Rupa die takdelaa smooth sangat kat sekeliling tu tapi sedap ok. sedap. haa suka hati laa nak kate sedap sebab tekak aku makan sedap. Alhamdulillah sedap.

Bahan-II

[Aku guna loyang bulat 5inch]
*Gula karamel
2 s/b gula

*Puding
4 biji telur
500 ml susu segar
70 g gula halus
1 t/s esen vanila

Let's do it

1- Panaskan oven dahulu
2 - Masukkan gula ke dalam loyang di atas dapur, guna api perlahan. Biarkan ia mencair then kacau perlahan untuk sekatakan warna & tak hangit. Bila dah perang-II sikit, tutup api. Sejukkan ia. Sebelum tu sekatakan dengan gerakkan loyang tu biar ia menutupi sudut loyang.
3- Campurkan semua bahan untuk puding dalam satu bekas. Pukul rata semua tu. Perlahan saja jangan sampai kembang. (Aku ada baca kat blog-II lain untuk hilang bau hanyir telur tu dengan buang mata dia. Macam ketulan putih gitu, bukan buang telur kuning yer) *aku tak buang pun.hihi
4- Tapis adunan tu ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
5- Bakar menggunakan kaedah water bath selama 1jam / 160C api atas bawah. Depend pada oven memasing. *Loyang adunan tu tenggelamkan dalam loyang yang lebih besar berisi air
6- Dah masak, sejukkan dulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, terbalikkan atas pinggan and lettttss taste it..hihihi

p/s : Puding aku punye tak jatuh pun masa terbalikkan tu. Aku guna pisau untuk longgarkan sekeliling loyang tu then terbalikkan. Baru dia nak keluar. tsskk tsskk.Mungkin sebab tu tak comel kot. huhu. Terima kasih pada akak yang share resipi ni. First time mencuba & sedappp.

Nah belanja gambar yang tak seberapa :p


#foodyryu
#ryukedapur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...