Friday, October 28, 2016

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t

"Every soul will taste death" - Al-Imran 3:185

21 Sep 2016 @ 0600 hrs
Pergi nya seorang sahabat di usia 35 tahun yang telah ku anggap seperti seorang abang, yang sangat aku sanjungi. Saat menerima perkhabaran itu serius terasa seperti satu usikan. Perginya seorang abang yang banyak mengajar aku erti kehidupan, menjadi pendengar setia untuk setiap permasalahan, seorang abang yang tidak lokek dalam segala hal. Seorang abang yang banyak memberi aku semangat untuk terus berada di dalam kelompok persatuan, yang sangat memahami permasalahan kami sekeluarga. Seorang abang yang memberi aku semangat untuk bangkit setelah di "khianati" lelaki itu. [walaupun masih tidak bangkit sepenuhnya]

Abg Taufiq,
Setiap kata-II mu, tak akan aku lupakan. Apatah lagi dengan jasa dan budimu. Last aku berjumpa dengan nya hari lahir Emir, 13 April dekat kedai miliknya, Rahsia. Tika itu, masih tersenyum riang melayan kerenah anak-II. Memang penyesalan tidak akan merubah apa-II, tapi tetap terkilan sebab tidak berkesempatan melawat tika sakit.

Terima kasih untuk segalanya abg taufiq. Jasa dan budimu malahan cerita-II mu tak kan aku lupakan kerana nama mu sudah cukup sebati dalam keluarga kami.

Al Fatihah, allahyarham Mohamad Taufiq.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...