Wednesday, July 9, 2014

Repost #ryuwrites [Contengan hati]

~ Ya. aku sangat suka dengan words dibawah. that why i'm repost it here. Bila berbicara tentang hati.

Lukakuhati

But,,hati kita bukan kita yang pegang. DIA dah bukakan hati ini untuk orang yang salah. Mungkin untuk aku sedar, mungkin untuk aku tahu bahawa tiada yang sempurna di dunia ini. Tiada hidup yang segaris tanpa zigzag. Mungkin untuk aku sedar tentang kekhilafan aku selama ini, jadi hatiku di uji.
Hati kita bukan kita yang pegang. Hari ini, DIA masih letakkan sayang kamu pada aku, tapi esok tiada yang mustahil untuk DIA palingkan sayang kamu pada si dia. Yup. Seperti yang selalu aku katakan padamu,,jangan mudah berkata sayang kerna esok lusa belum tentu sayang kerana hati kita bukan kita yang pegang. Dan semuanya dah terbukti,,DIA dah palingkan sayang kamu daripada ku. DIA dah hilangkan sayang kamu padaku. Sekelip mata jua sayangmu berpihak pada si dia. Jadikan aku seperti permainanmu.

Teruslah kamu melangkah tanpa berpaling padaku andai itu bisa buatmu bahagia walau aku terseksa. Teruslah kamu melangkah tanpa menoleh padaku andai itu bisa buatmu gembira walau aku menangis. Teruslah kamu melangkah tinggalkan aku andai itu cinta yang kamu cari.
Teruskan lah melangkah mfi, walau aku terjatuh. Kerna aku tak mahu kamu melihat ketewasanku.
Teruskan lah melangkah, walau aku kesakitan. Kerna aku tak mahu kamu melihat tangisku.
Biar semua itu ku harungi sendiri kerna ku tau tiada lagi ruang untukku.
Biar semua itu ku rasai sendiri kerna ku tau salahku yang ketiga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...